Friday, May 22, 2009

Nur Lembah Pangsun

NUR LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT SELANGOR

[tahun 2000 - kini]



Memandang keindahannya menambah kesegaran jiwa. Fikiran yang tersimpul kusut terungkai lurus. Perasaan yang kacau dan kecewa terbantu pulih. Tubuh yang telah dibelenggu rutin kehidupan kota kembali ringan dan bertenaga.

Inilah manifestasi diri dekat dengan alam. Jiwa kembali segar kerana hati terasa hampir dengan Tuhan Maha Pencipta.

Semuanya milik anda, dengan hanya 30 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Terbentang di atas tanah seluas 20 ekar, Nur Lembah Pangsun menawarkan suasana hijau yang menyegarkan.



Nur Laman Bestari

NUR LAMAN BESTARI, SELANGOR

[tahun 2009 - kini]






Nur Laman Bestari (NLB) merupakan Eco-Resort terbaru dibangunkan pada Mei 2009. NLB terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, berhampiran Ulu Yam yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda dengan kehijauan hutan dan sungainya yang masih terpelihara.

Perjalanan dengan menaiki kereta mengambil masa hanya 15 minit dari Batu Caves Selangor menjadikan NLB lokasi yang stategik untuk aktiviti riadah berminda melalui aktiviti permainan, bina pasukan, motivasi dengan alam semulajadi dan suasana kesegaran flora dan fauna yang menjanjikan kelainan kepada para pengunjungnya.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pakej dan promosi istimewa sempena pembukaan terbaru Nur Laman Bestari. Kunjungan anda amat kami nantikan!